Sultan Johor Rasmi Festival Layang-Layang

20140222_layang2PASIR GUDANG: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-19, semalam.

Temasya yang menghimpunkan penggemar layang-layang itu berlangsung dari 19 hingga 23 Februari dan dikunjungi hampir 500,000 pengunjung sepanjang berlangsungnya acara berkenaan.

Festival kali ini disertai oleh 1,050 orang peserta dari 38 negara termasuk penyertaan di peringkat sekolah dari dalam negara dan ASEAN.

Turut Hadir dalam majlis itu ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, Yang Amat Mulia Tunku Jalil, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman, Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar serta Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial