SULTAN JOHOR SOLAT SUNAT AIDILADHA DI MASJID PASIR PELANGI

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi di sini, bersama hampir 1,000 umat Islam.

Baginda tiba pada jam 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Turut menyambut ketibaan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim; Penasihat Majlis Agama Islam (MAIJ), Datuk Noh Gadut dan barisan exco.

Solat Sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar Negeri, Khalid Sono yang turut menyampaikan Khutbah bertajuk ‘Rasa Kehambaan Yang Sebenar’.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira jam 9.15 pagi – BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial