Taman Tema Aktiviti Angry Birds; PAKEJ RIADAH KELUARGA

Giant Leap Foam Pit 1 IMG_3787 IMG_3831 IMG_3948 IMG_3993

14 jenis permainan menanti pengunjung

Ikon baharu muncul di pusat Bandaraya Johor Bahru dan ia yang pertama di Asia Tenggara, juga yang pertama di dalam bangunan tertutup gedung beli-belah Komtar Johor Bahru City Centre (Komtar JBCC).

Pastinya fantasi permainan muat turun Angry Birds dapat direalisasikan dengan keseronokan permainan interaktif bersama watak burung Red, Bomb’s, Chuck, Bubbles serta pelbagai watak lain.

Taman Tema Aktiviti Angry Birds dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober lalu, dengan kos RM17 juta di tapak seluas 26,000 kaki persegi.

Zon Permainan

Fasa permainan di Taman Tema Aktiviti Angry Birds dibahagikan kepada empat zon permainan iaitu Danger Zone, Utopia, Classic dan South Beach.

Pengunjung berpeluang merasai keseronokan bermain di Lazer Bird Scoot, Space Drop Air Bag, Air Parkour Track, Piggy Shooting Gallery, Angry Birds GO! Kart Track, Bird Nest Climbing Track, Balance Bike Lagoon, Captain Black Birds Ship serta banyak lagi.

Dengan dilengkapi empat zon yang mengandungi 14 jenis permainan interaktif, pengunjung dapat merasai cabaran permainan yang mencabar kecergasan fizikal kanak-kanak serta kecekapan pengunjung remaja mahupun dewasa

Komen Pengunjung

Menurut Puan Nor Zihan, 40, kakitangan awam dan ibu kepada enam anak, kesempatan untuk meluangkan masa bermain di taman tema ini bersama anak-anak adalah peluang terbaik untuk merapatkan lagi hubungan keluarga.

“Melihat keseronokan anak-anak bermain dengan permainan interaktif disini membuatkan saya turut teruja untuk merasai keseronokan itu bersama-sama mereka”, katanya.

Bagi Melissa, 12, yang merupakan peminat setia permainan muat naik Angry Birds, merasakan bermain di sini seperti fantasi bertukar menjadi realiti.

“Saya berasa sangat seronok kerana dapat merasai sendiri pengalaman bermain di Piggy Shooting Gallery, ia sama seperti bermain permainan muat turun Angry Birds Shoot Green Piggy.

Ali, 32, dari Woodlands, Singapura pula berpendapat, rakyat Malaysia terutama warga Johor sangat bertuah kerana dapat merasai keseronokan beriadah di taman tema itu di negara dan negeri sendiri.

“Saya tumpang gembira kerana tidak perlu pergi jauh untuk merasai keseronokannya, kerana Taman Tema Angry Birds hanya ada di Finland.

“Peluang berjiran dengan negeri Johor dimanfaatkan sepenuhnya selain dapat berkunjung ke destinasi pelancongan lain yang terdapat di sini’, katanya.

Info Taman Tema Aktiviti Angry Birds

– Terletak di tingkat tiga gedung beli-belah KOMTAR Johor Bahru City Centre (KOMTAR JBCC).

– Waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam.

– Harga Tiket:

Tiket

Harga Normal

Pemegang MyKad/MyKid

Seorang

RM75

RM60

Pas Tahunan

RM230

RM180

Pas Keluarga (4 orang)

RM280

RM218

Pas Tahunan Keluarga

RM850

RM700

 

 

 

           
 

 

 

 

*Perubahan harga tertakluk dari semasa ke semasa mengikut ketetapan pihak Taman Tema Aktiviti Angry Birds

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial