Tawaran Baharu Seiring Peredaran Zaman

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ucapan Datuk Ayub Rahmat ketika perbahasan usul ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO disambut baik oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam.

Mohd Firdaus Mohd Nor berkata, bangsa Melayu yang kini berada di abad ke-21 dan memerlukan tawaran-tawaran baru mengikut zaman ketamadunan itu sendiri.

“Melayu perlu menambah baik pemikiran yang sedia ada , segala aspek seperti dari ekonomi, pendidikan, sosial, dan keagamaan perlu ditambah baik berlandaskan apa yang disifatkan cakna kemajuan, yang memerlukan kelestarian dan kesejahteraan umum untuk dinikmati bersama.

“Malah, dengan tawaran-tawaran baru seiring zaman untuk kebaikan orang Melayu, limpahannya juga akan dinikmati oleh semua bangsa di Malaysia tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

pau-firdaus
Mohd Firdaus Mohd Nor, Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam

Beliau mengulas ucapan Ayub yang mengatakan sudah tiba masanya untuk UMNO tampil memperbaharui tawaran dan pemberiannya kepada orang Melayu dari segi naratif, agenda dan harapan.

Beliau turut berharap agar ucapan itu tidak kekal sekadar ucapan, dan menggesa pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kebaikan UMNO di semua peringkat.

Sentimen Mohd Firdaus itu turut dikongsi oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Johor, Haslinda Salleh, yang menegaskan generasi hari ini lebih berminat dengan usaha-usaha membantu mereka meneruskan kehidupan dalam abad ke-21.

“Mereka tidak mahu lagi mendengar segala cerita-cerita lama, kerana mereka lebih utamakan ‘survival’ hidup mereka pada masa kini dan pada masa depan.

“Sudah tentu mereka ingin tahu apa yang akan ditawarkan oleh UMNO untuk membela hidup mereka dan menikmati taraf hidup yang lebih baik.

pau_haslinda
Haslinda Salleh, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Johor

Tambah beliau, pentadbiran Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah merangka pelbagai inisiatif pembangunan dan program demi kelangsungan Bangsa Johor.

“Generasi hari ini sudah bijak, dan tidak akan menyokong sesuatu secara membuat tuli tanpa ada wawasan dan visi yang jelas.

“Orang-orang lama dalam UMNO juga mestilah berubah dan beranjak kepada cara-cara baru mengikut peredaran masa,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial