Tawaran RM2 Juta Beli Gelaran, Sultan Johor Sedia Dedah Dalang

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersedia mendedahkan maklumat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda.

Titah Sultan Ibrahim, baginda telah menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang DiPertuan Agong.

“Saya mahu SPRM datang mengadap saya segera supaya perkara ini dapat disiasat.

“Ini Johor… kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titah Sultan Ibrahim menerusi entri terbaharu di laman Facebook rasmi milik baginda, hari ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial