TEMURAMAH BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAAN ISU KEKECOHAN DI STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS

doc6ebapg9pdolk32754te

TEMURAMAH BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAAN ISU KEKECOHAN DI STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS

 

Wartawan : Berkenaan kekecohan yang berlaku semalam, ada beberapa penyokong bola sepak tanah air cadangkan penolakan mata pasukan sekiranya pasukan didapati melakukan kesalahan seperti mana Tunku pernah cadangkan kepada FAM. Apa komen Tunku?

TMJ : Sejak dahulu lagi semasa saya mulakan kempen untuk membunuh sukan bola sepak tanah air saya pernah beri cadangan kepada FAM dan saya berharap FAM ambil apa tindakan yang patut dan puaskan hati para penyokong yang ingin memajukan sukan bola sepak tanah air. Untuk maklumat semua pihak. Sebelum ini kekecohan di Perak, Terengganu, dan sesetengah negeri lain takda pun FAM menolak mata. Tetapi, jikalau FAM nak menolak mata Johor kerana itu yang penyokong di negeri-negeri lain inginkan, silakan.

Wartawan : Apa maksud Tunku?

TMJ: Kalau ianya terjadi di negeri lain, takde pun perkara ini diperbesar-besarkan. Oleh kerana ianya terjadi kepada pasukan Johor, satu Malaysia gempa bumi. Jadi nasihat saya kepada FAM, dengarlah suara-suara penyokong yang bersama-sama FAM ingin memajukan bola sepak tanah air. Saya dan penyokong Johor hanyalah pembunuh bola sepak dan tidak setaraf dengan penyokong-penyokong bola sepak sesetengah negeri yang telah berjaya memajukan bola sepak.

Wartawan : Ada sesetengah pihak pula berkata Tunku tidak pernah merungut tentang mutu pengadil kalau menang tetapi hanya mempersoalkanya ketika kalah.

TMJ : Saya mula menegur isu pengadil semasa menang atau kalah semenjak bulan Ogos 2012 hinggalah hari ini.

Wartawan : Jadi, apakah pandangan Tunku terhadap penyokong-penyokong luar negeri Johor?

TMJ : Saya rasa mereka perlu teruskan menyokong FAM untuk memajukan sukan bolasepak, kerana mereka inilah yang berpotensi tinggi sama seperti ketua-ketua mereka di dalam persatuan negeri dan kelab masing-masing.

Wartawan : Ada apa-apa pesanan Tunku kepada sesetengah penyokong yang negatif?

TMJ : Saya ingin menjemput mereka datang ke rumah saya, makan nasi campur bersama-sama, jadi mereka dapat peluang untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan berkongsi pendapat mereka untuk memajukan bola sepak tanah air kepada saya. Kerana asyik nak bersuara di dalam media sosial sahaja tak guna, sampai kiamat pun tak habis. Berdepan lebih berkesan dan menarik.

Sumber : Johor Southern Tigers

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial