Terap Acuan Sendiri, Pastikan Johor Terus Dipimpin UMNO dan BN

image

 

SIMPANG RENGGAM, 1 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan keyakinan beliau terhadap kemampuan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin membina acuan sendiri dalam mentadbir negeri dan UMNO Johor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, hanya orang Johor sahaja dapat memahami citarasa Johor mengikut acuan mereka.

“Saya juga akan terus membantu UMNO Johor selagi dipercayai.

“Malah, perkara itulah yang akan menjamin bahawa Negeri Johor akan terus kekal dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin bahagian untuk tidak memikirkan kedudukan dalam parti sebagai keutamaan, sebaliknya perlu fokus kepada kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ada juga yang sudah menempah baju politik, malahan mereka yang mempunyai jawatan juga belum tentu akan dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.

“Untuk itu, semua anggota UMNO disaran untuk berkerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Abd Hamid Abd Rahman.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin turut menegaskan taat setia kepada UMNO.

“Kita di Johor ini akan terus setia dan berjuang secara berprinsip dan berpendirian.

“Pertama, kerana UMNO itu wadah yang kita sendiri bina dan meletakkan kita semua pada kedudukan sekarang. Kedua, pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO Johor akan dipertahankan,” katanya.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa UMNO Johor akan terus bekerja keras dan tidak akan sesekali mudah berputus asa.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial