TERHARU DAPAT TUNAI HAJI

image

JOHOR BAHRU – Seorang tukang sapu dari Kampung Seri Serdang Baru, di sini teruja apabila berkesempatan menunaikan haji buat kali pertama bersama ibunya berusia 84 tahun.

Zaiton Samin, 55 berkata, ibunya sudah lama membuat tabungan  mengumpul perbelanjaan selama  lebih 10 tahun hasil daripada pendapatannya membuat kerja kampung  untuk menampung kos menunaikan haji.

“Emak memang sudah lama teringin ke Mekah. Dia mula simpan wang sedikit demi sedikit sejak lebih 10 tahun lalu hasil upah buat kerja kampung.

“Alhamdulillah, akhirnya emak terpilih selepas saya membantunya membuat rayuan. Tidak lama selepas itu saya turut dipanggil untuk sama-sama menunaikan haji menemani emak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Meraikan Bakal Haji dan Sambutan Hari Raya anjuran Wanita Umno Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli  Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Zaiton berkata, dia dan ibunya akan berangkat menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada 8 September depan, sekali gus berharap segala urusan dipermudahkan ALLAH SWT bagi memperoleh haji mabrur.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Pulai, Latifah Munadi berkata, seramai 80 jemaah sekitar Parlimen Pulai yang bakal menunaikan ibadat haji pada tahun ini diraikan dalam  majlis berkenaan – SH

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial