TERIMA TEGURAN SULTAN JOHOR DENGAN HATI TERBUKA – AZWAN BRO

Naib-Ketua-Pemuda-Umno-Khairul-Azwan-Harun

KUALA LUMPUR: Sebarang teguran daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tidak perlu dilihat sebagai perkara negatif jika ia membabitkan kepentingan serta kebaikan negara.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, UMNO sentiasa berlapang dada dalam menerima teguran daripada mana-mana pihak termasuk pihak istana.

"Kita (UMNO) sentiasa menerima teguran dengan berlapang dada serta hati terbuka jika ia adalah untuk kebaikan.

"Saya percaya teguran yang dibuat Sultan Johor ada asasnya dan UMNO sedia menerima pandangan pihak istana termasuk daripada baginda," katanya.

Azwan ditemui pada majlis bacaan yasin dan doa selamat sempena ulangtahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Sebelum ini Sultan Ibrahim Iskandar menggesa Kerajaan Pusat agar menyelesaikan masalah dihadapi negara terutama berhubung ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.- ASTRO AWANI
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial