Terminal Pengangkutan Awam Larkin Dinaiktaraf

JOHOR BAHRU: Johor  Corporation (JCorp) memperuntukkan RM10 juta bagi menaik taraf perkhidmatan pengangkutan teksi dan bas di Terminal Pengangkutan Awam Larkin agar ia dapat meberikan perkhidmatan yang lebih selesa bagi pengguna kenderaan awam di terminal itu.
 
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata kerja menaik taraf itu akan bermula akhir tahun ini dan dijangka siap tahun depan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen serta selesa kepada pengguna.

 
“Seperti yang saya katakan, perancangan JCorp untuk melakukan penambahbaikkan itu bermula tahun ini sehingga akhir tahun 2017 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta membabitkan soal penyusunan kaunter tiket, tempat laluan bas, tempat letak kereta, ruang menunggu berhawa dingin yang boleh menempatkan 1,000 orang,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hentian Teksi Berpusat Larkin Sentral, di sini semalam.

 
Katanya, kerja naik taraf ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap terutamanya di Johor Bahru.
 
 “Ini adalah selari dengan fokus dan tumpuan Kerajaan Negeri supaya negeri kita dan di Johor Bahru ini kita mempunyai sistem pengangkutan awam,” katanya.
 
Beliau berkata, kerja naik taraf itu juga bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan di bandar raya ini dengan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.
 
Katanya, untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri sudah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan menjadikan penyediaan pengangkutan awam yang cekap sebagai fokus utama.
 

"Dalam konteks ini, kita kemuka kepada Kerajaan Pusat, itu antara permohonan yang paling utama dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)iaitu untuk membiayai kos menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap.



Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Ketua Eksekutif JCorp, Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial