Tiada Catuan Air Di Johor

Karnival Sihat

 

PASIR GUDANG, 26 Mac – Tiada keperluan untuk membuat catuan air berikutan paras air di empangan seluruh Negeri Johor masih berada pada tahap yang baik meskipun berdepan dengan cuaca panas, demikian menurut Menteri Besar Johor.

Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, ini termasuk empangan Sungai Layang di Masai dan Sungai Lebam di Kota Tinggi yang sebelum ini mencatatkan penurunan.

“Kita berjaya atasi masalah di empangan Sungai Lebam, kerana air dari projek pemindahan bekalan air mentah (PAMER) telah mula masuk ke dalam empangan itu.

“Manakala bagi empangan Sungai Layang, walaupun ia berada pada paras kritikal, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. Oleh itu, penduduk di kawasan terlibat tidak perlu risau kerana tiada catuan air dibuat setakat ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khaled juga berharap penduduk sentiasa berjimat cermat dalam pengunaan air, terutamanya ketika musim panas ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Komuniti Sihat dan Ceria sempena majlis pelancaran Penyerahan Kit ‘Rumahku Bebas Denggi’ di Dataran Taman Mawar.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial