TIADA JEMAAH HAJI MALAYSIA TERLIBAT REMPUHAN DI MINA SETAKAT INI – ASYRAF WAJDI

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan sehingga kini, masih belum ada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina.

Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan berkata, rempuhan itu baru saja berlaku dan pihak Tabung Haji (TH) sedang menjalankan operasi mengesan jemaah haji Malaysia.

“Setakat ini, tiada lagi mangsa, tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku.

“Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi berlaku di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini,” katanya yang ketika ini masih berada di Makkah.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial