TIADA JEMAAH MALAYSIA TERBABIT KEBAKARAN KHEMAH DI MINA

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terbabit dalam tragedi kebakaran khemah di Mina, semalam.

Asyraf Wajdi berkata, kejadian yang berlaku pada petang Jumaat itu membabitkan khemah penempatan jemaah haji Mesir.

“Punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

“Tabung Haji (TH) telah membuat pemeriksaan dan tiada jemaah kita terbabit. Semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan TH,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial