TIADA KAUM TERKECUALI DALAM PEMBANGUNAN NEGERI

12138334_520212498142066_1404210985274171177_o

 

PASIR GUDANG: Buat kesekian kalinya, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melaksanakan pembangunan negeri yang bersifat inklusif dan tidak meminggirkan mana-mana kaum termasuklah masyarakat kaum India di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi membantu masyarakat India agar mereka mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat di Johor.

Beliau berkata pada pembentangan bajet 2015, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4 juta bagi program pembangunan masyarakat itu.

“Dalam pertumbuhan ekonomi negeri, kaum India juga terus mendapat manfaat daripadanya,” katanya ketika merasmikan Hari Kebudayaan Masyarakat India Permas Jaya 2015, di sini.

Kerajaan Negeri bukan sahaja akan meneruskan inisiatif khas itu tetapi akan menambahnya pada Bajet 2016 kelak.

“Pada bulan hadapan kita akan bentangkan Bajet Negeri Johor, dan saya beri jaminan bahawa inisiatif khas untuk masyarakat India itu akan teruskan, malah aka nada tambah peruntukan untuk itu.

Beliau berkata, usaha itu tidak terhenti di situ apabila Kerajaan Negeri memutuskan untuk membuka lebih banyak peluang masyarakat India berkhidmat dalam sektor awam di negeri ini.

“Kita berusaha menentukan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar bersifat inklusif, kita juga telah memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh masyarakat India termasuk permohonan untuk bekerja dalam perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketetapan telah dibuat bagi mewujudkan 13 jawatan khusus kepada masyarakat India dan proses pengambilan akan dibuat tahun hadapan.  Daripada jumlah itu, tiga orang pegawai perhubungan awam masyarakat India akan ditempatkan di tiga pejabat daerah, manakala 10 orang  lagi di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada Majlis itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM40,000 kepada Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat India Permas Jaya. Hadir sama ialah, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R. Vidyanathan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial