Tidak Ambil Mudah

noraini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Walaupun keadaan dalam parti beransur pulih setelah krisis yang melandanya tahun lalu, tiada ruang untuk ahli-ahli UMNO untuk berselesa.

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata parti itu tidak boleh bersikap ambil mudah kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Perpaduan dalam kalangan ahli sangat ditekankan dan saya lihat ia semakin kukuh kerana sebelum ini ada kekhuatiran atau syak wasangka di antara satu sama lain.

“Apabila ada pemimpin bertindak keluar daripada UMNO dan memilih jalan sendiri, itu menjadikan kami lebih kuat kerana kami lebih tahu dengan jelas siapa musuh dan rakan, dan ini memudahkan pergerakan jentera kita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, gerak kerja untuk pilihan raya perlu digiatkan dan dilaksanakan dengan kerjasama semua peringkat parti.

“Apa yang telah kita jalankan adalah untuk betul-betul bergerak daripada akar umbi untuk melihat sendiri, berjumpa dengan jentera untuk memastikan gerak kerja dimulakan dari peringkat akar umbi.

“Kita tidak boleh ambil mudah, walaupun mereka berpecah kerana apa-apa sahaja boleh terjadi seperti yang kita lihat di Amerika Syarikat.

Sentimen sama disuarakan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.

normala

“Perhimpunan Agung UMNO Tahun ini memang banyak ucapan yang berjurus kepada kesetiaan kepada pemimpin dan parti.

“Wanita sangat prihatin dengan pemimpin yang lama dengan parti, tetapi mereka kemudian keluar daripada parti. Jadi mereka keluar atas dasar perjuangan atau dengan kepada parti?

Tambah beliau, UMNO perlu kembali kepada perjuangan asas untuk menambahbaik taraf hidup rakyat.

“Tidak dinafikan, UMNO tidak boleh lari daripada perjuangannya menyelesaikan masalah rakyat terutama kos sara hidup,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial