TIGA AKSI DITUNDA LIBATKAN JDT

Kuala Lumpur: Tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia dipinda ke tarikh baru susulan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) layak ke separuh akhir Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Selain itu, penundaan tarikh perlawanan berkenaan juga disebabkan pertindihan venue.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaru dalam laman Facebook memaklumkan perlawanan ketiga Kumpulan B antara Sarawak dan Johor DT di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu ini dipinda kepada 24 Oktober.

Johor DT akan berkunjung ke Kuwait untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang juara bertahan Qadsia SC di tempat lawan pada 29 September.

FAM turut memaklumkan perlawanan keempat Kumpulan B antara Perak dan Johor DT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Oktober dipinda kepada 4 Oktober, namun tiada sebab khusus dinyatakan.

Perlawanan Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini dipinda ke 28 September kerana Selangor akan menggunakan stadium berkenaan untuk aksi Kumpulan C menentang FELDA United pada hari sama. – BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial