TIGA LEMBU KORBAN TERLEPAS DARI IKATAN

Johor Bahru: Tiga lembu korban terlepas daripada ikatan di tiga kawasan perumahan berbeza di sekitar bandar raya ini sejak petang kelmarin, namun ketiga-tiganya dapat ditangkap semula sebelum dikorbankan pagi semalam.

Usaha menangkap haiwan itu dijalankan penduduk yang menguruskan ibadat korban dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ketua operasi JPAM Johor Bahru Sarjan Mohd Shahrihan Wahab berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai berkaitan kejadian lembu korban terlepas ikatan bermula jam 6 petang hingga 11 malam kelmarin.

“Kejadian berlaku di Taman Pulai Jaya di Pulai, Taman Mawar dan Taman Kota Masai di Pasir Gudang. Kami mengambil masa 25 minit untuk menangkap haiwan berkenaan.

“Operasi dijalankan tujuh anggota JPAM dengan kerjasama penduduk dan ibadat korban dapat dijalankan dengan lancar,” katanya.- METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial