Tingkat 2 Unit Rawatan Rapi HSA Terbakar

img_0366

 

JOHOR BAHRU, 25 Okt – Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar.

Memetik laporan Berita Harian, pesakit dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial