TIPS; Mencegah Denggi

DENGUE_061113_TMIAFIF_001_540_360_100 daur hidup aedes aegypti Aedes_aegypti_feeding Aedes

Virus Maut Nyamuk Aedes

Pemusnahan tempat pembiakan pencegahan terbaik

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Apa itu demam denggi?

Virus demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudian berpindah kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar dalam aliran darah sekaligus bermulalah penyakit ini.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :

Untuk mengelak  gigitan nyamuk, kita perlu mengetahui tabiat makan nyamuk ini dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Sarung pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk  memasuki rumah.

2. Elakkan melawat ke kawasan berisiko tinggi pada waktu siang:

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko pada siang hari kerana nyamuk Aedes bukan serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain mencegah denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan kerana Aedes membiak dalam takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Tempat pembiakan nyamuk aedes

Dalam Rumah :

  1. Akuarium
  2. Perangkap semut
  3. Timba
  4. Kolam (Kolah) mandi
  5. Tempat air peti sejuk
  6. Tempayan

Luar Rumah :

  1. Tayar buruk
  2. Tempurung kelapa
  3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
  4. Salur air hujan
  5. Tempayan
  6. Pokok pisang
  7. Pokok keladi
  8. Longkang yang tersekat
  9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

Salin air dalam tempayan, pasu bunga, kolam mandi setiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baharu.

Buangkan air dari pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.

Bekas yang tidak digunakan perlu dikumpul dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat  aliran air.

Masukkan dua sudu the garam ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

(SUMBER: Jabatan Kesihatan Johor).

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial