TMJ Berangkat Ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-21

image

 

MERSING, 21 Jun – Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-21 Tahun 1437H/2016M, di Masjid Bandar Mersing, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja, Datuk Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Pada majlis tersebut Tunku Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 10 orang fakir miskin.

Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-58 bagi tahun 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, turut menyampaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengimarahkan majlis.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu disertai oleh lebih 60 agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun yang dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsuddin.

Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial