TMJ Berkenan Rasmi Tilawah Al-Quran

MERSING, 1 Mac – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Johor kali ke-61 selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di sini, malam ini.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalib Abd Rahim; Mufti Negeri Johor, Dato’ Tahrir Samsudin; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri, Dato’ Noh Gadot, barisan ahli Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Mersing, Ashari Kasnan.

Seramai 20 Qari dan Qariah dari seluruh daerah menyertai majlis yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Februari lalu.

Pada majlis itu Qari dari daerah Johor Bahru, Muhamad Muslim Ali dan Qariah dari daerah Kluang, Nurul Nadiah Hashim muncul Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Johor.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, piala, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Sementara itu, daerah Kota Tinggi muncul sebagai johan keseluruhan perujian tilawah Al-Quran itu dengan markah 84.5%.

Muhamad Muslim (kanan) dan Nurul Nadiah (kiri)

 

 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial