TMJ Diumum Presiden FAM

Presiden FAM yang baru, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) diiringi pemegang amanah Lembaga FAM, Tan Sri Aseh Che Mat (2, kiri) tiba pada Kongres Tahunan FAM ke-53 di Hotel Hilton PJ. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu pada Kongres FAM ke-53 hari ini.

Tunku Ismail menang tanpa bertanding selepas pesaingnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri Khamis lalu.

Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengisi kerusi Timbalan Presiden selepas masing-masing mendapat 37 dan 33 undi.

Penyandang jawatan itu, Datuk Seri Afandi Hamzah memperoleh enam undi.

Empat kerusi Naib Presiden diisi Datuk S Sivasundaram, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Ab Ghani Hassan dan Mohd Joehari Mohd Ayub.

Bagi jawatan Exco pula, Datuk Azisman Alias; Datuk Aminuddin Omar; Datuk Hishamudin Yahaya; Datuk Jefferey Low; Md Dali Wahid; Christopher Raj; Subkhiddin Mohd Salleh dan Firdaus Mohamed terpilih, manakala Exco wanita dibarisi Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib. – Berita Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial