TMM2014; Johor sasar kehadiran lebih 4 juta pelancong

Kerajaan negeri menyasarkan kedatangan 4.6 juta pelancong antarabangsa dan domestik ke negeri Johor pada tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, kejayaan mencapai jumlah itu pada tahun 2013 menjadi penanda aras untuk mencapai jumlah kehadiran pelancong lebih tinggi pada tahun 2014.

“Kepesatan pembangunan industri pelancongan di negeri ini menjadikan Johor antara negeri yang wajar dilawati,”.

“Sepanjang tahun 2014, kalender pelancongan Johor penuh dengan pelbagai acara-acara pelancongan berbentuk festival, kebudayaan, kejohanan sukan dan perayaan” katanya kepada Jauhar.

Daripada pelbagai tarikan semula jadi seperti flora dan fauna yang unik, habitat paya bakau, pantai yang memutih, dasar lautan yang kaya dengan pelbagai terumbu karang yang cantik, kolam air panas, hutan hujan tertua di dunia, ditambah taman tema bertaraf antarabangsa, semuanya ada di Johor.

Tambahnya lagi, industri pelancongan bukan sahaja memberikan pulangan dalam bentuk tukaran wang asing, malah manfaatnya turut dinikmati oleh banyak pihak termasuk peniaga cenderamata, peniaga makanan, penggiat seni budaya dan seterusnya membantu menaikkan imej Johor itu sendiri.

 

pelancongan calendar

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial