Tolak Ansur dan Saling Percaya Kunci Utama Perpaduan

1012560_746659365344732_586846317_nSikap tolak ansur dan saling mempercayai merupakan kunci utama untuk mengeratkan semula hubungan antara kaum di Johor.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata dua elemen ini merupakan pengorbanan awal yang perlu dilakukan dan ia merupakan tanggung jawab yang harus dilaksanakan.

Katanya, sekiranya usaha memulihkan semula perpaduan tidak dilakukan, tidak mustahil setiap apa yang dipertahan sejak sekian lama dikalangan masyarakat akan terus runtuh.

“Marilah kita sama-sama pada hari ini melupakan perbezaan dan mulakan hari ini dengan mengutamakan ciri-ciri persamaan agar kita boleh berganding bahu untuk menjadikan negeri Johor lebih sejahtera dan sentosa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perarakan  Chingay Kuil Kuno Johor Bahru, di sini Khamis lalu.

Jelas beliau, perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum merupakan perjuangan yang tiada sempadan dan tidak berpenghujung.

“Pokoknya di sini, nilai permuafakatan yang ingin kita semai dan bentuk sepatutnya tidak hanya terhad pada waktu-waktu perayaan, sebaliknya permuafakatan ini mesti diterjemahkan dalam kehidupan kita agar ianya menjadi resmi gerak kerja dan tingkah laku kita seharian,” katanya.

Katanya lagi, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, sokongan dari semua pihak diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Jelasnya, kerajaan yang dipilih tidak boleh berfungsi dengan baik jika ada pihak  yang tidak mahu mengambil peluang untuk bersama-sama dalam arus pembangunan negeri.

“Suara masyarakat Cina amat diperlukan di Johor untuk kita bersama  membentuk jambatan penghubung supaya segala masalah atau perkara yang melibatkan kaum ini dapat disalurkan  melalui saluran yang betul.

‘Yakinilah bahawa kerajaan pada hari ini merupakan sebuah kerajaan yang boleh dibergantung harap,” katanya

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial