TUAH ALAT PEMBALUT TANDAN PISANG

 
image (2)

 

PASIR GUDANG – Melihat kepayahan para petani membalut tandan pisang di kebun mereka mencetus idea empat sahabat melakukan inovasi mencipta alat tersebut.
 
Abdul Halim Ghazali, Muhammad Anwar Mohd Musa, Shazreen Fadhzil Samsudin dan Muhammad Zulfitri Alimin yang kesemuanya berumur 22 merupakan graduan diploma Kejuruteraan Mekanikal menjayakan ciptaan tersebut untuk projek akhir mereka.

Lebih membanggakan ciptaan berkenaan berjaya merangkul Anugerah Projek Terbaik sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kali ke-19, baru- baru ini.

Menurut, Muhammad Anwar, alat tersebut dicipa menggunakan besi holo dan besi link serta mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan dan menggunakan modal tidak sampai RM50.

“Pada awalnya kami bertemu dengan petani dan mereka memberitahu masalah mereka untuk membalut tandan pisang menggunakan cara manual.

“Kebiasaannya para petani terpaksa menggunakan tangga dan memanjat sendiri untuk membalut tandan pisang menggunakan guni, namun dengan alat ini dapat memudahkan kerja mereka.

“Penggunaan alat ini bukan sekadar memudahkan para petani tetapi lebih selamat kerana mereka tidak perlu memanjat tangga lagi jika mahu membalut tandan pisang mereka,” katanya selepas majlis berkenaan.

Dalam pada itu, ciptaan rak sistem yang dibuat Muhammad Nur Hazwan Muhamad Suhaimi, 22, dan Muhamad Sallehuddin Yusof, 22, dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya menerima Anugerah Projek Terbaik sempena majlis tersebut.

Menurut Muhamad Sallehuddin, idea untuk mencipta alat tersebut muncul selepas melihat perisian maklumat sukar dicari.

“Hanya menaip maklumat yang diperlukan di komputer, rak sistem ini akan berfungsi dengan mengeluarkan lampunya dan maklumat yang dikehendaki dapat digunakan. Jadi, kerja yang mahu dilakukan lebih mudah,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial