TUMPU USAHA PULIH KEYAKINAN TERHADAP UMNO – RAZALI IBRAHIM

11863326_10204325445727164_3864529451833632036_n

MUAR – Seluruh ahli Umno perlu menumpukan usaha memulihkan kembali keyakinan terhadap parti dan menghentikan segala provokasi yang boleh merosakkan dan memberikan kesan negatif kepada parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim.
 
Beliau berkata keyakinan perlu diberikan kepada seluruh masyarakat dengan menjawab dan menjelaskan segala persoalan yang masih membelenggu mereka.
 
"Jangan lengahkan lagi untuk menjelaskan segala isu dan pada masa yang sama ahli Umno jangan lagi memberikan tekanan kepada kepemimpinan.
 
"Juga jangan membuat provokasi kerana ia tidak baik untuk parti. Biarlah semua itu diselesaikan oleh kepemimpinan parti kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perkhemahan Kemasyarakatan Unit Beruniform Tingkatan Enam Daerah Muar di Kampung Parit Pinang Seribu di sini, hari ini.
 
Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata semua ahli Umno perlu bersatu dalam menempuhi cabaran dan bersama-sama dengan pemimpin dalam menyelesaikan isu yang ditimbulkan. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial