ULTRAS MALAYA KECEWA SKUAD DOLLAH DIAIBKAN DI ABU DHABI

15973642542_d25fa9e8ba_b

KUALA LUMPUR: Ultras Malaya, penyokong setia skuad kebangsaan antara yang paling kecewa dengan kekalahan memalukan Harimau Malaya kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 10-0, di Abu Dhabi, malam tadi. 

Kritikan hebat dari kelab penyokong itu terutama terhadap Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin serta barisan kepemimpinan badan induk bola sepak itu memenuhi laman sesawang Facebook rasmi mereka hari ini. 

Ia ditambah dengan kritikan bertubi-tubi pengikut laman Facebook terbabit yang jelas kecewa dengan persembahan di tunjukkan skuad Dollah Salleh itu. 

Berdasarkan komen diterima daripada pengikutnya, ada yang membangkitkan keperluan supaya struktur kepemimpinan FAM sedia ada dirombak. 

Berikut antara beberapa kiriman terbaharu berbaur sindiran yang dimuat naik dalam laman Facebook Ultras Malaya, UM'07;

 "Salam anak-anak watan, jangan lupa, bila Dollah resign, muka-muka ini ada lagi. Jawatan FAM, BAM, MHC, OCM semua dia rembat. Jangan tertipu dengan game (percaturan) pecat coach ini lagi. Terbalikkan semua. 

"Dollah resign maka masyarakat lupa cerita bangang duit kerajaan masuk ke sarkis ini. Jadilah bangang zaman-berzaman. – turut memuatnaik gambar memaparkan barisan kepemimpinan FAM.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial