UMNO Johor kini dalam ‘Mode Pilihanraya’

JOHOR BAHRU, 28 Okt – UMNO Johor sudah berada dalam ’mode pilihanraya’ sebagai mempersiap siagakan parti menghadapi pilihanraya umum ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, parti itu kini dalam keadaan memberikan seluruh tumpuan dan keutamaan parti kepada menghadapi pilihanraya.

Menurut beliau, walaupun tiada siapa yang mengetahui secara rasmi bila PRU 14 akan berlangsung, namun secara peruntukan dan teknikalnya, PRU 14 ia boleh diadakan pada bila-bila masa.

img_5747

“Perkara yang lebih penting adalah persediaan menuju ke tarikh tersebut. Ia bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan kita semua untuk fokus. Ia menuntut strategi yang kritikal dan yang lebih penting, ia menuntut kerja keras semua pihak.

“Tidak ada dalam kamus parti yang ingin berjaya dalam mana-mana pilihanraya, persediaan saat akhir. Persediaan saat akhir hanyalah nama lain bagi fomula yang akan menjerumuskan kita ke kancah kekalahan.

“Sebab itulah, mulai malam ini, saya mengistiharkan UMNO Johor berada dalam ’election mode’! Ertinya, segala tumpuan dan keutamaan parti mulai saat ini, ialah untuk menghadapi pilihanraya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat Wanita UMNO Johor di sini semalam

Beliau yang juga Menteri Besar, berkata PRU 14 bakal menjadi PRU yang paling sengit dan semua jentera parti perlu bersedia dengan rapi.

“Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat ini. Tidak ada dalam sejarah UMNO dan BN, selama 13 piliharaya umum, kita akan menyaksikan pilihanraya yang serumit pilihanraya akan datang.

“Kita mesti sedar, Malaysia telah berubah dan berubah dengan radikal sekali. UMNO bukan lagi  satu-satunya pilihan. Pengundi Malaysia, dalam dua pilihanraya lepas, telah menghantar isyarat yang sangat jelas.

“Mereka mahukan kelainan. Kita bukan sekadar kehilangan majoriti dua pertiga. Kita kehilangan undi popular, maka kita mesti bersedia dari awal, bersedia secukupnya,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Perhubungan UMNO Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain.

img_5748

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial