UMNO JOHOR NASIHATKAN JAMAL FOKUS ISU SELANGOR

 

jcorp

JOHOR BAHRU – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan politik negeri lain sebaliknya memberi tumpuan mengembalikan semula pentadbiran Selangor kepada Umno.

Setiausaha Umno Negeri, Md Jais Sarday berkata, sebagai pemimpin beliau seharusnya menghormati pendirian pemimpin lain.

Katanya, Umno Johor sentiasa mengambil pendekatan berterus-terang kerana mahu kepimpinan parti mendengar suara hati rakyat.

"Dia perlu hormati pendirian orang lain. Jangan sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain, lebih baik dia bekerja kuat agar Umno diterima balik di Selangor.

"Kami menyelar dan menafikan kenyataan beliau yang mendakwa Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) gagal mengawal anak buah dan tiada gerakan untuk jatuhkan Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Jamal dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita kelmarin sudah menarik balik kenyataan yang beliau sifatkan sebagai pendapat peribadi dan memohon maaf secara terbuka kepada Mohammed Khaled.

Namun begitu, Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim yang menegaskan hati ahli Umno Johor sudah terluka dek kenyataan Jamal yang tidak berasaskan fakta itu.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial