UMNO Johor Sedia Sertai ‘Peperangan Moden’ – MB

JOHOR BAHRU, 11 Nov – UMNO Johor bersedia memasuki ‘medan peperangan’ moden yang menjadi cabaran baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya sedar bahawa cabaran itu akan dihadapi jentera parti ketika berdepan PRU akan datang.

Katanya, sehubungan itu strategi yang akan digunakan UMNO Johor selepas ini akan banyak bergantung pada penggunaan data yang dikumpul menerusi satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan.

“Kita (UMNO Johor) sedar bahawa cabaran PRU akan datang, antara lain banyak bergantung pada penggunaan data. Kita akan kutip, guna dan tentukan supaya gerak kerja yang dilakukan cermat serta bijak berdasarkan data yang ada.

“Sekarang sudah dilaksanakan (proses mengumpul data) menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengendalikan perkara itu. Kita bersedia memasuki peperangan dalam konteks ‘warfare’ (peperangan) yang moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup pada hari terakhir Konvensyen UMNO Johor yang berlangsung secara tertutup di sini, hari ini. – Berita Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial