Upacara Naik Bendera Sang Saka Bangsa dan Pemeriksaan Perbarisan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berlangsung hari ini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba kira-kira pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Najib kemudiannya menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa dengan diiringi nyanyian lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.


Galeri foto sekitar upacara di sini

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial