UPSR : JOHOR AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

image

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Johor mengambil beberapa langkah bagi menghadapi keadaan luar jangkaan semasa berlangsungnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula esok.

Pengarahnya, Aminudin Adam berkata, antara langkah itu adalah mewujudkan Jawatankuasa Banjir dan melantik 21 ketua pengawas yang akan bertugas di 21 buah hospital kerajaan dan swasta di negeri ini.

Berikutan keadaan jerebu kini, semua calon, petugas dan ibu bapa diminta supaya sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam sekitar, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya sebanyak 55,574 calon bakal menduduki UPSR di 947 buah pusat di Johor iaitu 36,084 orang merupakan calon Sekolah Kebangsaan, 16,588 orang calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 2,205 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 697 lagi calon sekolah swasta.

"Sebanyak 201 orang calon berkeperluan khas dan kecacatan lain termasuk sembilan orang calon buta, 28 orang calon rabun dan 36 calon pekak bakal menduduki peperiksaan itu," katanya. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial