Usaha naik taraf Taman Botani projek berterusan: Latif Bandi

KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri akan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan infrastruktur dan keceriaan Taman Botani Johor, tegas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi.

Abd Latif berkata usaha sedang giat dijalankan bagi tujuan itu, dan Jabatan Landskap telah menyediakan bangunan Herbarium di kawasan taman ini.

“Herbarium itu diwujudkan untuk simpanan koleksi specimen.  Ianya terbahagi kepada beberapa plot, antaranya plot buluh dan palma, herba dan perubatan, ethnobotani, nadir, buah-buahan,” katanya ketika menjawab soalan Gan Peck Heng (DAP-Penggaram) berkenaan pembangunan tapak semaian Taman Botani, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 13 di sini, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Landskap Johor akan menambah baik kemudahan mesra pelawat seperti mewujudkan taman organik, tanaman berumput, laluan pejalan kaki sepanjang dua kilometre, serta memperbaiki sistem pengairan dan saliran taman itu.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengkaji alam sekitar serta pengunjung ke Taman ini,” katanya, sambil menambah taman itu menerima seramai kira-kira 72,000 pengunjung setahun.

Abd Latif menambah, bagi memastikan Taman Botani itu sentiasa menjadi tumpuan pengunjung, pelbagai program dibuat termasuklah kempen Sayangi Hutan Kita, Program 10,000 Langkah, merentas desa, berkayak dan sebagainya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial