UTM TERUNGGUL DI MALAYSIA

PROF DR WAHID OMAR VC UTM

JOHOR BAHRU 1 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama bagi impak saintifik dalam jurnal saintifik antarabangsa bagi dua kategori dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Penarafan yang dikeluarkan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi (CWTS) Leiden Ranking 2015 terhadap 750 buah universiti seluruh negara itu meletakkan UTM di tempat teratas bagi kategori sains dan subbidang sains fizikal serta kejuruteraan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar memberitahu, kejayaan tersebut merupakan satu perkembangan positif dalam bidang penerbitan berimpak tinggi yang dihasilkan pihak universiti.

“Ini menunjukkan UTM banyak menghasilkan penerbitan berimpak tinggi oleh ahli akademik dan diterima di peringkat antarabangsa.

“Berdasarkan data dari 2010 hingga 2013, UTM telah menghasilkan 817 jurnal saintifik dengan 11.9 peratus daripada diterbitkan dalam 10 peratus jurnal teratas subbidang sains fizikal dan kejuruteraan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

UTM menduduki tempat ke-17 bagi kategori sains fizikal dan kejuruteraan serta tangga ke-214 di peringkat dunia.

CWTS Leiden Ranking 2015 membuat penarafan terhadap universiti yang menghasilkan penerbitan terbesar dalam jurnal saintifik antarabangsa bagi tempoh 2010 hingga 2013.- UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial