Veteran UMNO Terima Sumbangan Hari Raya

image

 

PASIR GUDANG, 2 Julai – Seramai tiga orang veteran UMNO cawangan Masai telah menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai bagi persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menerusi Program Laluan Jejak Veteran, di Kampung Masai Baru, hari ini.

Mereka adalah Salamon Martam, 75, bekas guru agama dan merupakan Pengerusi Tetap UMNO cawangan Masai sejak 1967 hingga kini.

Sementara itu, Abd Jabar Sikas, 84, pula merupakan ahli UMNO sejak dari awal penubuhannya iaitu pada tahun 1957.

Bapa kepada 16 orang anak itu pernah berkhidmat sebagai anggota polis selama 33 tahun.

Seorang lagi penerima ialah Hashim Ahmad, 67, merupakan Pegawai Penerangan UMNO cawangan Masai.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial