WALKABOUT PROGRAM PEMASANGAN LAMPU LED DI TAMAN CENDANA

photo_2015-08-31_16-41-48

PASIR GUDANG: Seramai 113 penduduk kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Pasir Gudang hari ini menerima bantuan pemasangan lampu LED percuma sebagai langkah meringankan beban golongan itu.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pemasangan lampu LED bagi menggantikan penggunaan lampu kalimantang biasa adalah usaha Yayasan Pasir Gudang untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Katanya, penggunaan lampu LED itu dijangka akan dapat menjimatkan kira-kira 20 peratus penggunaan bil elektrik mereka.

“ Kita harap dengan penggunaan lampu LED ini dapat menjimatkan penggunaan bil elektrik mereka kira-kira 20 peratus,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk memperluaskan penggunaannya ke seluruh negeri jika ia benar-benar terbukti menjimatkan penggunaan elektrik.

“ Kita akan kaji sama ada benar atau pun tidak penjimatan itu, kalau benar kita akan perluaskan,” katanya selepas melakukan program Walkabout Program Pemasangan Lampu LED percuma di Taman Cendana di sini hari ini.

 Beliau berkata, program itu adalah sebahagian daripada pelbagai program bantuan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Kita akan ada banyak lagi program untuk bantu masyarakat bagi membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang tinggi sama ada kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan belia. Semua itu sedang kita rancang,” katanya.

Program pemasangan LED percuma itu diberi kepada golongan miskin bandar yang berpendapatan kurang daripada RM350 sebulan.

Pada majlis itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial