Wanita UMNO Johor Saran Ahli Persiap ‘Minda Menang’ Menjelang PRU14

wanita

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Wanita UMNO Johor hari ini menyarankan seluruh ahlinya untuk mempersiapkan diri dengan ‘minda menang’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Khairin Nisa Ismail berkata gendang perang akan dipalu bila-bila masa sahaja lagi, maka minda menang mesti mengukuh dalam sanubari.

“Kita memiliki segala-galanya dan sememangnya tidak boleh terlalu yakin yang akhirnya memudaratkan parti.

“Malah, wanita UMNO juga perlu terus menggandakan usaha dalam tempoh masa yang semakin suntuk dan hampir dengan peperangan akhbar dan hidup mati bangsa menjelang PRU14 nanti.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan usul politik di Persidangan

Pergerakan Wanita UMNO 2016, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), di sini hari ini.

Khairin turut menegaskan bahawa PRU Ke-13 adalah ‘mother of election’ akibat ‘tsunami politik Cina’, manakala PRU14 pula adalah ‘father of election’.

“Pertarungan itu kelak akan membawa kepada jatuh bangunnya sebuah Kerajaan Malaysia yang akan menentukan masa depan sebuah bangsa.

“Oleh itu, marilah menyahut seruan  persaudaraan, buang jauh kekecewaan peribadi, berjiwa besar dan utamakan parti kerana nasib bangsa dan anak cucu cicit kita adalah atas daya usaha  mengharungi getir perang PRU14 nanti,” katanya.

Khairin turut menyentuh mengenai tanggapan sesetengah pihak mengenai kedudukan parti yang dianggap berada di hujung tanduk kesan daripada serangam bertubi-tubi kepada pemimpin dan negara.

“Inilah ketakutan yang menghantui ramai di kalangan kita sehingga ada yang bertindak melompat kapal.

“Sebenarnya persepsi itu berkehendak kepada pengesahan dari diri kita sendiri kerana biarlah pembangkang mengatakan UMNO lemah, kita yang berada di akar umbi boleh tahu dan rasai apakah sebenarnya penilaian rakyat di bawah.

“Dan penilaian itu bertitik tolak dari usaha setiap jentera dengan peranan yang masing-masing, dan Wanita UMNO akan terus menerus mendampingi rakyat, mendengar keluh rintih rakyat dan menggerak bakti kebajikan hingga ke akar umbi.

Beliau juga berkata Wanita UMNO akan menguasai setiap cawangan dan Pusat Daerah Mengundi bagi mengenalpasti  pengundi-pengundi yang nak melompat pergi dan menzahirkan UMNO sebagai parti berbudi.

Persidangan tersebut dihadiri seramai 997 orang perwakilan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial