WD MY PASSPORT WIRELESS

WD-My-Passport-Wireless-IMG_7874

 

 

 

 

 

 

Pada acara IFA Berlin 2014 bulan September yang lepas, Western Digital telah melancarkan WD My Passport Wireless, satu peranti storan yang mudah dibawa kemana-mana dan menyokong pemindahan fail tanpa wayar. Peranti ini telah mula dijual pada bulan Oktober yang lalu dan kami telah berkesempatan untuk mencubanya.

Peranti ini hadir dalam kemasan aluminium dan mempunyai rekabentuk seakan-akan My Passport Pro yang hadir dengan sokongan Thunderbolt. Pada bahagian atas, ia mempunyai suis kuasa dan juga suis WiFi yang juga boleh berfungsi sebagai suis mengesan kuasa bateri tersedia. Ia menggunakan sambungan USB 3.0 dengan palam khas dari WD. Pada permukaan hadapan terdapat label jenama serta penanda LED tahap kuasa dan juga WiFi. Penanda LED tahap kuasa akan berubah warnanya mengikut status tertentu iaitu warna biru menandakan bateri penuh, warna hijau menandakan kuasa berbaki 75%, warna oren menandakan 50% dan warna merah menandakan kuasa berbaki sebanyak 15%.

Bagi sebelah kiri, ia mempunyai slot kad SD bagi tujuan pemindahan data. Turut disertakan bersama peranti ini adalah palam kuasa USB bertujuan untuk mengecas peranti ini. Peranti ini mampu beroperasi selama 6 jam bagi tujuan penstriman video dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 3,400mAh. Waktu tersedianya pula selama 20 jam. Ia hadir pada dua saiz, bergantung pada kapasiti yang dipilih kerana pada kapasiti 2TB, ianya agak besar.

wdmycloud-2

 

 

 

 

 

Mungkin anda tertanya-tanya apakah bezanya My Passport Wireless berbanding yang lain. Jawapannya adalah pada kebolehan peranti ini menjadi tempat penyimpanan fail dan mampu mengendalikan pelbagai operasi sehingga 8 peranti yang terhubung secara WiFi dengannya. Sekiranya anda balik ke kampung dan setiap ahli keluarga mempunyai telefon mahupun tablet tersendiri tapi mempunyai ruangan storan yang terhad, peranti ini mampu menyimpan serta menstrimkan fail seperti lagu, filem, rancangan kartun kegemaran pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, penstriman pelbagai peranti sudah tentu akan menggunakan lebih tenaga dan ia mungkin tidak boleh bertahan bagi perjalanan anda dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam.

Bagi ujian penstriman, kami mendapati fail-fail dengan bitrate yang tinggi terutamanya filem dalam format fail .MKV mempunyai beberapa kadar lengah masa. Dari segi teknikal, peranti ini menggunakan Wireless N MIMO jadi ia berkemungkinan cip pada penstriman peranti ini tidak mampu melakukan encoding dengan pantas.

wdmycloud-1

 

 

 

 

 

Menggunakannya, anda perlu memuat-turun aplikasi WD Cloud bagi mengakses fail yang telah disimpan. Sambungan peranti ini menggunakan USB 3.0 dan agak pantas, dan dari ujian Blackmagic Disk Speed Test, ia mempunyai kadar kelajuan 100.6 MBps bagi tujuan Write dan 104.1MBps untuk tujuan Read untuk fail sebesar 5GB. 

WD-My-Passport-Wireless-IMG_7867sdslot

 

 

 

 

 

Satu lagi perkara yang menarik adalah kesediaan slot kad SD. Melalui aplikasi WD Cloud, pengguna boleh memilih sama ada ingin menyalin data dari kad SD kepada WD My Passport Wireless atau menyalin ke pemacu dan memadamkan data tersebut dari kad SD. Sekiranya anda jurugambar dan jurukamera yang sentiasa menggunakan storan yang besar, solusi sebegini agak memudahkan dan pengguna tidak perlu membuka laptop untuk menyalin rakaman yang telah dilakukan.

Peranti ini telah dijual bermula bulan lepas pada harga RM599 untuk kapasiti storan sebesar 1TB dan RM699 untuk storan sebesar 2TB.

Pro
  • Pemindahan fail tanpa wayar dan mempunyai kadar pemindahan yang pantas
  • Penyalinan & penyimpanan data dari kad SD dengan mudah
Kontra
  • Kuasa bateri yang tidak lama bagi tujuan penstriman
  • Meskipun tiada masalah dalam penstriman filem HD, filem bersaiz lebih besar dalam format MKV berkemungkinan terdapat lengah masa.

amanz.my

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial