WISMA PUTRA PANGGIL PERWAKILAN CHINA BERKENAAN KENYATAAN DI JALAN PETALING

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan ia akan memanggil Duta China ke Malaysia, Huang Huikang untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat beliau ketika melawat Jalan Petaling di sini pada Jumaat lalu.

Pertemuan di Wisma Putra (Kementerian Luar) di Putrajaya akan diadakan pada Isnin, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

"Semasa lawatan itu, beliau ditemuramah oleh media dan kenyataan media hasil daripada temu ramah itu telah menarik perhatian dan mencetuskan kebimbangan kepada rakyat Malaysia. 

"Kementerian berharap perjumpaan ini akan membantu membersihkan perkara berkenaan," menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial