Zero Pothole Bantu Capai Aduan Jalan Rosak Dalam 24 jam

BATU PAHAT, 18 Mei – Aduan berkaitan jalan rosak dan berlubang kini akan diteliti dan diambil tindakan segera melalui kempen ‘Zero Pothole’.

Ketua Pegawai Operasi Amona Infra Care Sdn Bhd (AICSB), Che Hasnadi Che Hassan berkata ia menyasarkan tempoh 24 jam bagi menyelesaikan aduan ringkas tersebut bagi memastikan jalan segera dibaiki dan ditampal.

“Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada AICSB bagi pelaksanaan projek penyelenggaraan jalan-jalan negeri secara konsensi selama tujuh tahun di Zon 1.

“Ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Segamat yang merangkumi 1,142 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Kempen ‘Zero Pothole’ Peringkat Konsesi Amona Infra Care Sdn Bhd (AICSB) serta Pelancaran Amona Ronda dan Amona Hotline, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Hasni Mohammad

Pada majlis tersebut, berlangsung penyerahan 12 unit kenderaan Amona Ronda yang bakal digunakan bagi tujuan rondaan untuk setiap daerah yang terlibat.

“Amona Ronda merupakan unit ronda dengan kapasiti lebih 90 orang tenaga kerja merangkumi pasukan ronda, penyelia trak, teknikal inspektor dan rakan niaga.

“Pasukan itu akan melakukan rondaan selepas menerima aduan yang dihantar melalui talian bebas tol Amona Hotline,” katanya.

Setiap aduan jalan rosak dan berlubang di Zon 1 boleh menghubungi Amona Hotline ditalian 1800-888-242.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial